KUALA LUMPUR: Seorang wanita berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri dalam kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 malam hingga 12 tengah malam itu, turut dilarikan ialah beberapa beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik ahli keluarga wanita berusia 43 tahun itu.
"Jumlah keseluruhan anggaran kerugian adalah kira-kira RM3.5 juta," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata ketika kejadian, mangsa serta keluarga tiada di rumah dan laporan polis dibuat wanita itu hari ini.
Ashari berkata kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju melalui talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Ashari berkata, turut dilarikan ialah beberapa beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik ahli keluarga wanita berusia 43 tahun itu. - Gambar Bernama
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Polis tumpaskan 'Geng Yan' aktif kegiatan pecah rumah
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Yan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini dan Kota Marudu melibatkan kerugian kira-kira RM636,000, pada 12 Mac lepas.
Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai
Polis berjaya menemukan semula peti besi yang mengandungi empat jongkong emas milik seorang pempengaruh, yang "disembunyikan" di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.
Wanita berputih mata, peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai lesap
Seorang wanita berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri.
Penganggur dengan 15 rekod jenayah ditahan lagi pecah rumah, curi kereta
Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan Amphethamine (AMP).
Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat pecah rumah di Taiping
Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Bukit Mas, Taiping.
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.
'Bomoh' mengaku tidak bersalah tuduhan curi, pecah rumah
Seorang lelaki yang digelar 'bomoh' mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencuri dan melakukan pecah rumah di beberapa lokasi di Kangar.
'Geng Bri' tumpas, 22 kes curi dan pecah rumah selesai
Mereka terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita termasuk ketua kumpulan yang dikenali sebagai 'Bri' berusia 36 tahun.
Polis tahan tiga beranak warga Rohingya terlibat pecah rumah
Wanita berusia 33 tahun dan dua anak perempuannya berumur 13 serta 14 tahun ditahan ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa.